March 25, 2018

TANDA-TANDA KEPUTIHAN YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA WANITA

Apa Itu Keputihan? | Keputihan seringkali menjadi masalah kepada sesetengah kaum wanita. Ianya adalah normal jika sedikit dan tidak menyebabkan kegatalan. Namun, jika keluar keputihan yang banyak, bewarna kuning kehijauan dan menyebabkan gatal, itu adalah petanda serius. Keputihan perlu dirawat kerana boleh membahayakan kesihatan sehingga mengancam nyawa.

APA ITU KEPUTIHAN? 

Keputihan atau Fluor Albus merupakan rembesan cairan atau lendir yg keluar daripada faraj wanita. Lendir terswbut dihasilkan oleh serviks atau pangkal rahim dan kelenjar dalam vagina dan akn keluar dengan membawa sel-sel mati serta bakteria.


KEPUTIHAN NORMAL ATAU PENYAKIT? 




Keputihan pada dasarnya dapat digolongkan menjadi dua golongan iaitu KEPUTIHAN NORMAL (fisiologis) dan KEPUTIHAN ABNORMAL (patologis).

1) Keputihan normal (fisiologis) adalah keputihan yang biasanya terjadi setiap bulan, warnanya adalah jernih, tidak berbau dan tidak gatal.Biasanya berlaku 2 minggu menjelang haid, sesudah haid ataupun masa subur dan juga boleh berlaku semasa mengandungi.

Ianya juga boleh dihasilkan sekiranya terlalu stress. Keputihan yang normal ini tidak perlu dirisaukan kerana ianya adalah tindak balas semulajadi badan wanita terhadap situasi yang berlaku dalam badan.

Antara golongan wanita yang biasanya mengalami keputihan normal ini adalah :

* Ibu yang baru lepas bersalin
* Wanita yang baru pertama kali datang haid
*Menjelang waktu haid
*Di waktu subur
*Alergik pada pakaian dalam atau kondom
*Rangsangan aktiviti seksual


2) Keputihan patologis dapat disebabkan oleh jangkitan yg biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bahagian luar.

Keputihan yang tidak normal biasanya terjadi kerana jangkitan sama ada disebabkan oleh kuman, bakteria,virus, parasit ataupun kulat.

Keadaan ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan ianya bertambah serius dan boleh menyebabkan jangkitan kepada pasangan.

Berikut adalah beberapa jenis keputihan tidak normal.


ANTARA JENIS-JENIS KEPUTIHAN TIDAK NORMAL :

-Berwarna putih, berair & berbau

Mereka yang mengalami keputihan jenis ini biasanya berasa gatal sekitar faraj dan sakit ketika membuang air kecil. Ini berpunca daripada jangkitan sejenis kulat yang dikenali sebagai candida albicans.

-Keputihan dengan lendir berwarna coklat atau bercampur darah
Keputihan ini umumnya disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur. Dalam kes ini, ianya berpunca daripada masalah pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut boleh disebabkan oleh pendarahan seperti keguguran, haid yang tidak teratur atau luka dalaman. Tetapi tetap perlu diambil berat kerana ia mungkin salah satu tanda awal kanser servik atau kanser rahim

-Keputihan disertai rasa sakit atau pendarahan

Keputihan yang disertai dengan rasa sakit pada tulang pinggul atau ketika buang air kecil serta mengalami pendarahan di luar waktu haid, atau setelah berhubungan seks. Ciri-ciri ini menunjukkan seperti jangkitan akibat penyakit berjangkit seksual seperti gonore atau chlamydia (klamidia). Jika dibiarkan, kedua-dua penyakit berjangkit seksual ini akan memberi jangkitan serius kepada organ reproduksi wanita yang lain. Oleh itu, dapatkan rawatan dan nasihat doktor segera sekiranya mengalami simptom-simptom berikut.

-Keputihan dengan lendir berwarna hijau, kuning, berbau busuk serta gatal

Jenis keputihan seperti ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman protozoa trichomonas vaginalis. Lendir akibat jangkitan ini biasanya berjumlah banyak, berbau busuk, dan disertai rasa pedih ketika buang air kecil. Pembengkakan dan gatal-gatal di sekitar vagina juga mungkin dialami.

-Keputihan disertai luka melepuh di sekitar alat sulit

Penyebab jenis keputihan tidak normal ini biasanya adalah disebabkan jangkitan virus alat kelamin. Penyakit ini akan menyebabkan lepuhan atau luka yang terasa sakit di sekitar organ intim. Kaedah merawatnya adalah dengan menggunakan antivirus. Penyakit ini berpotensi untuk berulang di masa yang akan datang.

-Keputihan berwarna merah muda, cair dan tidak berbau

Situasi ini biasanya terjadi di setelah melahirkan anak. Ianya juga mungkin petanda berlaku pendarahan di pangkal rahim, rahim ataupun faraj. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan.

-Kuning dan kental

Keputihan jenis ini menyebabkan anda terasa panas dan gatal pada kemaluan serta sakit ketika membuang air kecil. Ianya disebabkan jangkitan nisseria gonorrhoe.




Masalah keputihan yang berterusan dan tidak dirawat boleh mengancam kesihatan dan nyawa wanita.

Ia juga boleh menyebabkan seseorang individu itu :

*cepat letih

*kurang bertenaga

*turun berat badan

*demam


ANTARA PENYEBAB KEPUTIHAN YANG DIKENALPASTI ADALAH :


  • Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
  • Pengambilan antibiotik atau steroid
  • Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku kepada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
  • Pil perancang keluarga
  • Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
  • Diabetes
  • Sabun wangi, losyen atau mandian buih
  • Penyakit radang pelvik
  • Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
  • Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
  • Jangkitan kulat


Jika individu itu kerap kencing, ia juga adalah salah satu simptom. Sila segera berjumpa doktor untuk kenal pasti jenis jangkitan yang hadapi.

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...