March 25, 2018

4 FAKTOR PENYUMBANG KEPADA MASALAH KEPUTIHAN DI KALANGAN WANITA

Pengedar Shaklee Johor : 4 Faktor Utama Penyumbang Kepada Keputihan Di Kalangan Wanita | Apabila kita mengalami masalah keputihan, itu menunjukkan bahawa badan kita mengandungi asid yang tinggi. Ini kerana keputihan itu sendiri bersifat asidic.

1) FAKTOR KEBERSIHAN

Kebersihan di bahagian alat sulit wanita (vagina) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.


Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Jika kebersihan bahagian sulit tidak dijaga dengan rapi, bakteria dan kulat mudah membiak dan menyebabkan keputihan. Sebaiknya, peliharalah alat sulit seperti kita menjaga kecantikan kulit wajah.

2) FAKTOR HORMON

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang. Ini boleh menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikroorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.

Wanita yang mengalami tekanan atau stress akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak untuk menghasilkan hormon yang seimbang.

Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.


3) FAKTOR GAYA HIDUP 

Taraf kesihatan seseorang wanita, sangat dipengaruhi oleh gaya hidup yang mereka lalui. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj. Elakkan aktiviti seks bebas.


4) FAKTOR KESIHATAN 

Wanita yang menghidapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.

Selain itu wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS  atau barah juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan pada faraj.


ANTARA TANDA BADAN 'PENAT' DAN KURANG SIHAT

Masalah keputihan adalah satu tanda besar bahawa tubuh badan kita sedang bekerja dengan lebih ‘penat’ dan kurang sihat. Bila berlakunya masalah keputihan, pasti akan disertai dengan masalah lain seperti rambut gugur, migrain, moody, cepat marah, kurang keyakinan diri dan mudah merasa murung.


Jika masalah ini tidak ditangani dengan segera, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi yang merbahaya.

Keputihan yang dah bertukar warna kehijauan, gatal dan berbau, itu tandanya keputihan sudah menjadi semakin kronik. Ia perlu ditangani dengan segera. Penyakit keputihan yang lambat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian.

Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan.

Jangan malu untuk berjumpa doktor jika mengalami masalah keputihan.
Jangan dibiarkan ianya melarat dan membahayakan nyawa kita sendiri.

Bagi isteri yang mengalami masalah keputihan, jangan biarkan ianya menggangu hubungan seksual suami isteri.  Remaja wanita juga tidak terkecuali. Jaga kebersihatan kawasan intim, pilih pakaian dalam dari jenis kapas, kurangkan makanan manis dan banyakkan minum air kosong.

No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...