November 10, 2017

TANDA-TANDA DAN BAHAYA HB LOW KEPADA IBU HAMIL

Tanda-Tanda Dan Bahaya HB Low Kepada Ibu Hamil | Semasa buat pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, mesti nurse akan check darah ibu hamil kan. Setiap kali pergi mesti tak pernah miss. Dan bila HB darah kita rendah, mula-mula kena nasihat je. Tapi, bila dah kerap sangat HB low mula la kena bebel dengan nurse dan doktor.


Kenapa mereka sangat tekankan tentang HB low ni? Sebab ianya bahaya. Bahaya untuk ibu dan juga bayi dalam kandungan. Banyak risiko yang boleh terjadi semasa hamil, semasa bersalin dan selepas bersalin.


Apakah Punca HB Low Yang Mengakibatkan Terjadinya Anemia

Ibu mengandung ada kebarangkalian tinggi untuk menghidap anemia. Anemia berlaku disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada bayi dalam kandungan.
Semasa mengandung badan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan.


Jika ibu tidak mendapat iron (zat besi) yang mencukupi dan nutrisi penting yang.  lain, badan ibu mungkin tak mampu menghasilkan jumlah sel darah merah yang diperlukan untuk menghasilkan darah tambahan.





Jenis-Jenis Anemia Semasa Hamil

Terdapat beberapa jenis anemia yang boleh berlaku semasa ibu hamil/mengandung.

Antaranya:

1. Anemia Disebabkan Kekurangan IRON – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.


2. Anemia Disebabkan Kekurangan ASID FOLIK – Folate ataupun Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi.

Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.


3. Anemia Disebabkan Kekurangan VITAMIN B12
 – Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi.


Wanita yang tidak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

Dikhuatiri juga ibu mengalami  komplikasi kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan dan selepas kelahiran.




Faktor Yang Menyumbang Kepada Risiko Anemia


Semua wanita hamil berisiko menghidap anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa.


Namun, risiko terkena anemia lebih tinggi sekiranya:

✔ Mengandung anak kembar

✔ Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya

✔ Banyak muntah akibat morning sickness

Mengandung diusia remaja

✔ Tidak makan secukupnya makanan yang kaya zat besi

✔ Mengalami anemia semenjak sebelum mengandung



Antara Tanda-Tanda Ibu Mengalami Anemia Semasa Hamil 

  • Kulit, bibir dan kuku pucat
  • Rasa letih dan lemah
  • Rasa pening
  • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  • Denyutan jantung laju
  • Sukar untuk fokus




Risiko Dan Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil

  • Anemia yang teruk dan tak dirawat semasa mengandung boleh meningkatkan risiko: 
  • Kelahiran pra - matang atau bayi kekurangan berat badan semasa lahir
  • Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak ketika bersalin
  • Kemurungan selepas bersalin
  • Bayi menghidapi anemia
  • Bayi yang lewat perkembangan
  • Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak



Ujian Pemeriksaan Darah Untuk Mengenalpasti Anemia

Semasa diawal kehamilan, doktor akan lakukan ujian darah untuk pastikan ibu menghidapi anemia atau tak.

Ujian darah termasuklah:

▪ Ujian Hemoglobin – Mengira jumlah hemoglobin

▪ Ujian Hematocrit – Mengira peratusan sel darah merah dalam sampel darah

▪ Paras Hb normal adalah diantara 11-12g/dl. Sekiranya paras hemoglobin atau hematokrit rendah, itu tandanya anda mengalami anemia akibat kekurangan zat besi.

Bagaimana Vitamin Membantu Mengatasi Masalah HB Low Pada Ibu Hamil



No comments:

Post a Comment

PENTING KE PROTEIN UNTUK TUBUH BADAN KITA?

PENTING KE PROTEIN NI? | Ada di antara kita yang mula tahu kepentingan protein kerana ingin kuruskan badan. Tapi sebenarnya kepentingan prot...